Thursday, January 11, 2007

Menjual Benih Rumput Napier India





Benih napier india (rumput gajah) untuk dijual.
Sesuai untuk diberi makan kepada haiwan ternakan seperti
kambing, biri-biri, lembu, kuda, rusa dan haiwan ruminan yg lain.
Mengandungi peratus kandungan protien yang tinggi.

RM 50 untuk satu guni bersaiz 50 kg.

Batang benih disumbat sampai sendat dan penuh.

RM 1000 untuk satu lori satu tan.

Khidmat nasihat cara penanaman dan penjagaan percuma.


Alamat:
Mohd Faza Fauzan (Tel: 013-6006561)
Kg Bukit Diman, jln Kua,
21800 Ajil, Terengganu

Tarikh Artikel ini ditulis (04-05-2010)
Sebab aku overwrite atas artikel aku yg lame...


UPDATED (29/6/2010)

Rumput Napier India – rumput gajah

Cukup terkenal dengan tinggi nilai protiennya iaitu 20.3%
jika dibandingkan dengan varieti napier yang lain.

Tinggi nilai protien jika dituai pada usia 40-45 hari
dan nilai kandungan protien semakin menurun jika rumput
dibiarkan semakin tua.

Hasil tuaian yang tinggi kerana kebolehan ia tumbuh
dengan tinggi dan rimbun pada setiap rumpun (sekiranya
dibaja dan dijaga dengan baik).

Sesuai untuk semua jenis haiwan ruminan seperti
lembu, kambing, bebiri, kuda dan sebagainya.

Ditanam mengikut baris secara baring
di dalam alur/parit kecil yang digali dan
jarak antara baris ialah antara 1-2 kaki.

Jika tanah sesuai/subur : Dibaja dengan baja urea/NPK/kimia
(Kandungan Nitrogen yang tinggi lebih baik)
pada permulaan tanaman dan diletak dengan
baja najis ternakan (organik) pada usia 30 hari.

Jika tanah keras/berpasir : letak baja najis
ternakan bersama semasa mula menanam dan
diberi baja kimia setelah pokok tinggi separas dada.

Boleh dituai selepas ditanam selama 40-45 hari
jika taburan hujan yang banyak dan 50-55 hari
pada musim kemarau. Rumput Napier memang tahan
dengan cuaca kering berpanjangan (kemarau) kerana
sistem akarnya yang meluas dan masuk dengan dalam
ke dalam tanah . Jangan risau. Hehe.

Jika rumpai lain tumbuh lebih rancak dari rumput
napier, boleh disembur racun. Guna racun jenis
pracambah / selepas cambah sahaja dan tidak
perlu tambah dengan racun jenis serbuk. Potong
terlebih dahulu rumput napier yang tidak subur
tersebut, baru boleh diracun rumpai yang mengganggu.
Jangan bimbang. Pokok napier tinggi tahap ketahanannya
terhadap racun. Anda dapat lihat perubahannya
selepas beberapa minggu. Rumput napier akan tumbuh
lebih lebat dan sihat lebih-lebih lagi jika dibaja
pula selepas rumpai-rumpai lain mati (tiada persaingan).

Rumput napier memang digemari haiwan ternakan
kerana mengandungi kandungan air yang banyak dan tekstur
yang lembut.

No comments: